Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: October 31, 2009
Tawaran Pendaftaran Ahli Segera…
Berminat untuk menjadi salah seorang ahli rakan Sutra ?
Sila berbuat demikian dengan menghantarkan Maklumat anda seperti berikut:
Hantarkan ke aromasutra@yahoo.com
Yuran Pendaftaran sebanyak: RM118 sahaja seumur hidup.
Berpeluang mendapatkan Insentif Pengenalan Pengedar…
Maklumat lajut hubungi saya di
Cik Ain 017-3058353
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: October 26, 2009
PELUANG PERNIAGAAN DENGAN SUTRA

INSENTIF PENGENALAN PENGEDAR:
Melantik Rakan Sutra: RM20
Melantik Sutra Point: RM100
Melantik Sutra Shoppe: RM500
Melantik Distribution Centra: RM750
1. DISTRINUTION CENTRE
DISTRIBUTION CENTRE adalah Pusat Edaran Sutra kepada pengedar-pengedar dan juga Pelanggan. Modal yang diperlukan untuk menjadi Distribution Centre adalah RM30,000 sahaja. Pendapatan lumayan dijanjikan untuk anda kerana kami akan memberi diskaun hebat dan anda pasti untung dadalah maksimum iaitu 50% bagi sesiapa yang berminat menjadi DISTRIBUTION CENTRE.
2. SUTRA SHOPPE
SUTRA SHOPPE adalah orang yang akan menjadi pengedar kepada produk SUTRA. Modal yang diperlukan cuma RM10,000.00 sahaja. Keuntungan yang akan diperolehi adalah 45%.
3. SUTRA POINT
SUTRA POINT adalah pengedar yang akan berhak mendapat 30% diskaun dan keuntungan keatas semua produk Sutra. Modal yang diperlukan hanyalah RM2000 sahaja.
4. RAKAN SUTRA RM188
Rakan Sutra adalah orang yang berminat untuk menjual produk Sutra secara sambilan menggunakan katalog yang akan disediakan dalam Pakej Rakan Sutra ini. Setelah menjadi Rakan Sutra, Rakan Sutra akan mendapat:
3 jenis pakej rakan Sutra (pilih satu sahaja)
Kad keahlian(Membership Card) di mana kad keahlian haruslah diperbaharui setiap 1 tahun.
Katalog produk.
Dengan menjadi RAKAN SUTRA, TBE akan memberi kelebihan-kelebihan kepada RAKAN SUTRA iaitu:
Diskaun 10% – 15% ke atas semua produk Sutra.
Berhak mendapat komisyen Pengenalan dengan memperkenalkan pengedar yang lain.
_______________________________________________________________________________________________________________
BERMINAT MENYERTAI KAMI? SMSKAN NAMA, ALAMAT KE:
017-3058353 Cik Ann
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: October 4, 2009
DAPATKAN PRODUK HARUMAN SUTRA
SEGARKAN RUMAH ANDA DENGAN HARUMAN AROMATERAPI SUTRA….
1 Set Sutra Touch Burner + 1 Bauan Sutra (Romance / Sensual / Energizing)
1 Set Sutra Diffuser + 1 Bauan Sutra
Mudah dan senang untuk digunakan…Saya yakin anda pasti menyukainya…Malah Tetamu anda juga…
Penting!!!
Wangian sutra mampu meningkatkan semangat bekerja dan menceriakan suasana kerja dan mencegah penyebaran virus influenza di pejabat dan rumah anda!!!!
Hubungi saya segera untuk mendapatkannya….
ANN 017-3058353
sales@sutraessential.com / aromasutra@yahoo.com
http://harumankesihatan.blogspot.com
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: September 18, 2009

Kami dari Tropical Bioessence Marketing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua STOKIS & PENGEDAR , serta pelanggan-pelanggan kami yang telah menyokong kami selama ini. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat salah silap dalam apa jua urusan bersama kami. Semoga bergembira di Hari Raya ini. Selamat menyambut Hari Raya…
Ikhlas dari,
Warga Tropical Bioessence Marketing
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: September 3, 2009
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: August 13, 2009
Tahukah anda keadaan di dalam pejabat sedia ada boleh mendorong peluang untuk penyebaran virus H1N1. Jadi pastikan keadaan sekitar pejabat anda selamat untuk anda bagi mengelakkan risiko dijangkiti virus ini.
by Lee Tse Ling
Kaedah kuarantin dan pengasingan mungkin adalah cara yang cukup baik untuk mengurangkan risiko penyebaran virus ini dan mungkin adalah asas strategi yang paling baik. Virus H1N1 bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan awam, ianya juga memberi kesan negatif kepada produktiviti pekerja apabila semakin ramai pekerja yang terpaksa tinggal di rumah untuk memastikan selesema di pejabat tidak merebak kepada rakan sekerja yang lain.
Pekerja dan majikan haruslah peka terhadap virus ini. Mereka harus sedar bahawa Influenza A(H1N1) kini semakin menular dengan teruk terutamanya apabila menular di kalangan pekerja mereka kerana apabila jangkitan ini merebak di dalam pejabat, perniagaan juga akan mendapat kesan yang teruk.
Bagaimana selesema babi merebak di dalam pejabat?
Secara amnya, terdapat 2 cara ianya boleh merebak di dalam pejabat anda. Pertama, apabila orang yang telah terjangkit batuk/ bersin tanpa menutup hidung dan mulut, virus akan tersebar ke udara. Ianya boleh merebak kepada orang lain dengan mudah. Kedua, orang yang telah dijangkiti mencemarkan udara dengan virus dari mulut dan hidung mereka di mana-mana tempat yang disentuh tanpa membasuh tangan. Anda sudah boleh menjangkakan apa yang berlaku seterusnya? Contohnya jika rakan sekerja anda yang telah dijangkiti virus influenza A ini menyentuh anda, papan kekunci komputer anda, anda mungkin terdedah kepada virus ini.
TAHUKAH ANDA? DI PEJABAT, ANDA BERKONGSI BERNAFAS DENGAN
UDARA YANG SAMA DENGAN MEREKA YANG TELAH DIJANGKITI
Pusat penyaman udara mungkin adalah salah satu rahmat bagi anda di pejabat tetapi ianya boleh membawa keburukan di mana ianya turut membawa jangkitan-jangkitan melalui udara. Jika anda bekerja di dalam pejabat dengan keluasan kira-kira 20m panjang, 10m lebar dan 3m tinggi, jumlah udara yang terdapat dalam pejabat anda mungkin cuma kira-kira 6,000 meter padu. Manusia normal bernafas kira-kira 15-18 kali dalam seminit dengan setengah liter ke satu liter daripada udara yang akan keluar masuk melalui paru-paru setiap kali.
Jika anda menghidu 600ml udara masuk dan keluar dari paru-paru anda secara purata 16 kali seminit, secara teorinya anda mungkin telah menghidu semua udara di dalam pejabat anda melalui paru-paru anda dalam 10 jam sahaja. Jika anda menghidu udara yang telah tercemar anda telah berkongsi udara yang tercemar tersebut dengan rakan sekerja yang lain.
Tombol pintu, butang lif dan papan kekunci komputer adalah benda yang selalu disentuh. Kemudian, terdapat juga risalah-risalah, dokumen yang anda mungkin edar kepada rakan sekerja yang lain dan butang masuk keselamatan yang anda selalu sentuh beberapa kali setiap hari.
Berapa ramai rakan sekerja anda yang sedar tentang kebersihan tangan mereka apabila mereka bersih, batuk atau keluar daripada tandas tanpa membersihkan tangan mereka. Kemudian mereka membuka pintu pejabat anda atau menyentuh papan kekunci komputer anda? Berhati-hatilah kerana penyebaran virus di dalam pejabat adalah sangat mudah.
CARA UNTUK PENCEGAHAN?
Mungkin anda patut mencuba pengewap aromaterapi (diffuser) dengan menggunakan minyak pati sutra aromaterapi yang akan menyebarkan aroma di udara di samping membersihkan udara yang tercemar, ianya juga boleh membantu mencegah bakteria daripada merebak melalui udara.
Pengewap Aromaterapi (diffuser) dapat menyah bau asap rokok, menghalau nyamuk, anti-mite, menenangkan perasaan stress dan membantu masalah asma & pernafasan dll fungsi teraputik. Pengewap aromaterapi ini amat baik untuk pencegahan dari wabak Influenza A H1N1 (swine flu).
Sesuai dipasang di dalam rumah, pejabat, sekolah, tadika & institusi lain. Berbeza daripada bauan-bauan aromaterapi yang lain, kebanyakkan minyak pati Sutra Aromaterapi didatangkan dengan 320 antibakteria dengan bauan semulajadi. Ini untuk memastikan ia dapat menyerap bauan yang busuk, bakteria, asap rokok, serangga, merangsang pernafasan dan menenangkan minda (100% without toxic). Setiap minyak pati Sutra Aromaterapi mempunyai esktrak botani semulajadi.
Penggunaan pengewap aromaterapi dengan minyak pati Sutra Aromaterapi memberi kesan kebaikan yang amat baik di mana:
1. Kualiti udara
Pengewap aromaterapi dengan bantuan Sutra aromaterapi membantu anda menikmati kualiti terapi daripada minyak pati dalam beberapa jam dengan hanya beberapa titik minyak pati sahaja. Ianya menyebarkan aroma minyak pati di seluruh bilik. Diffuser sangat berguna memandangkan ia menyebarkan zarah minyak pati dalam molekul yang kecil di seluruh kawasan bilik ia ditempatkan. Diffuser aromaterapi digunakan untuk memecahkan molekul-molekul kecil minyak pati kepada zarah-zarah mikro yang kecil yang akan terapung ke udara.
2. Manfaat kesihatan
Diffuser ini bermanfaat untuk Pekerja, anda yang sering berasa tertekan, mempunyai kulit kering, serta mempunyai alergi dan asma kerana ianya bukan sahaja mampu memberi udara yang sihat ianya juga berfungsi seperti pelembap udara lantas memberi kesihatan yang lebih baik kepada anda.
3. Selamat digunakan
Dengan diffuser aromaterapi, tidak perlu lagi penggunaan api serta terdedah dengan udara yang panas dan selamat digunakan. Ianya juga selamat ditinggalkan semasa anda tidur dan juga boleh digunakan di dalam bilik anak anda. Bagi anda yang sibuk, ianya tidak memakan masa yang banyak untuk kerana ia Cuma boleh ditentukan mengikut masa yang anda ingini.
4. Masalah habuk di dalam kediaman, pejabat, salon, butik kecantikan
Tahukah anda kita bernafas 22,000 kali sehari, menghidu 400 kaki keluasan udara. Tanpa kita sedari, kita juga menghidu asap serta habuk di dalam bilik sama ada di rumah, pejabat, salun, butik kecantikan atau di mana sahaja anda berada yang pastinya memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda. Ini kerana, 80% masa dihabiskan di dalam bilik di mana udaranya mungkin tidak bersih berbanding di luar bilik. Justeru itu, diffuser aromaterapi membantu mengurangkan habuk di kediaman anda.
5. Bakteria di udara
Kabus berbau wangi yang keluar daripada diffuser boleh membunuh bakteria dan pencemaran di udara lantas memberi kesihatan udara yang lebih baik di dalam rumah, bilik, spa, salon dan butik kecantikan anda.
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: August 10, 2009
SUTRA AROMATERAPI AKAN BERADA DI SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009
Tropical Bioessence akan berada di Sambutan Hari Peladang, Penternakan dan Nelayan Kebangsaan yang diadakan di MITC Ayer Keroh Melaka bermula pada 10 – 16 Ogos 2009. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk SUTRA dan juga maklumat mengenai produk aromaterapi, anda dijemput untuk melawat booth kami di sana.
Kami juga menawarkan peluang-peluang perniagaan kepada anda untuk menjadi usahawan aromaterapi. Anda juga berpeluang menjadi SUTRA SHOPPE, SUTRA POINT dan RAKAN SUTRA kami.
BERMINAT? JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN ANDA! KUNJUNGI BOOTH KAMI DISANA SEPANJANG TEMPOH PAMERAN!
MAKLUMAT PAMERAN:
Tarikh :10 hingga 16 Ogos 2009
Tempat : Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),Ayer Keroh, Melaka
Anjuran : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Dirasmikan oleh:
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
pada 13 Ogos 2009 (Khamis, jam 10.00 pagi).
Maklumat Lanjut Hubungi:
Cik Hanim: 019-3563825
Encik Rusdi: 019-7526867
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: July 1, 2009
DAPATKAN SOALAN KUIZ SUTRA AROMATERAPI UNTUK MINGGU KEEMPAT SEKARANG!!
5 LAGI PERFUME PERCUMA UNTUK DIMENANGI!!
Sebagai tanda menghargai semua pelanggan SUTRA, pihak Tropical Bioessence Marketing akan mengadakan kuiz berkisar tentang Sutra Aromaterapi. Kuiz ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan dan juga pihak syarikat. Diharapkan pertandingan ini akan memberi manfaat kepada anda semua. Tiada yuran penyertaan dikenakan cuma jawab soalan-soalan yang disediakan dan kami akan memberi hadiah kepada pemenang setiap minggu berdasarkan jawapan anda.
Question 1: State the business opportunities offered by Tropical Bioessence.
Question 2: Other than become the supplier of aromatherapy products, Tropical Bioessence also offer contract manufacturing and contract services. State the contract manufacturing and contract services.
Question 3: Explain how does this company get enough and continously supply of raw materials?
SILA HANTAR MAKLUMAT PERIBADI ANDA SEPERTI:
1. Full Name
2. Ic No
3. Email
4. Address
5. Phone number(Home/Hp)
6. Questions and the answers.
HANTARKAN DENGAN SUBJEK ’SUTRA AROMATHERAPY QUIZZE ANSWER’ MELALUI:
Email: aromasutra@yahoo.com
Faks: 06-2323887
Post: No.88, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh Melaka.
PEMENANG AKAN MEMENANGI SUTRA ROLL ON PERFUMES!!

Romeo Juliet Charming My Heart Promise
____________________________________________________
APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN?
Layari website http://www.sutraessential.com untuk mencari jawapan kerana soalan adalah berdasarkan laman web ini.
SYARAT & PERATURAN:
1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua peringkat umur, terutama warganegara Malaysia.
2. Soalan-soalan kuiz Aromaterapi ini hanyalah berdasarkan website kami iaitu http://www.sutraessential.com sahaja.
3. Kuiz ini akan diadakan selama 5 minggu bermula pada 1 JULAI 2009 sehingga 12 OGOS 2009.
4. Hadiah bagi setiap minggu adalah berbeza.
5. Pemenang akan diumumkan atau dipaparkan di dalam website setiap minggu selama 5 minggu. Pada minggu kelima adalah untuk penyertaan terbanyak. Pemenang juga akan dihubungi untuk maklumat lanjut.
6. Pihak Tropical Bioessence Marketing berhak untuk mempromosikan nama pemenang-pemenang kuiz di dalam promosi syarikat.
PANDUAN KEPADA PESERTA KUIZ SUTRA AROMATERAPI
1. Kuiz ini akan berlangsung selama 5 minggu. Setiap minggu soalan akan dikeluarkan sebanyak 3 soalan sahaja. Jawapan yang paling tepat akan dipilih sebagai pemenang mingguan.
2. Soalan-soalan kuiz ini hanyalah berdasarkan website http://www.sutraessential.com sahaja.
3. Sila hantar butir peribadi anda seperti:
4. Hantarkan butir peribadi anda dengan subjek bertajuk ’SUTRA AROMATHERAPY QUIZZE ANSWER’ melalui:
HADIAH UNTUK DIMENANGI:
Pemenang akan diumumkan setiap minggu.
Jangan lepaskan peluang yang ada.
Jadilah pemenang kami setiap minggu.
Kami sentiasa menawarkan anda hanya yang terbaik.
_____________________________________________________
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, hubungi kami:
Cik Elsa: 019-6709216
Cik Ann: 013-6002842
Cik Hanim: 019-3563825
Email: aromasutra@yahoo.com
Posted by: TROPICAL BIOESSENCE MARKETING on: June 16, 2009
3Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental?
SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) — Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.
![stress [320x200] stress [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/stress-320x200.jpg?w=150&h=150)
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun. “Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.
Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.
“Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh,” kata beliau.
Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.
Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.”Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila’ dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri tidak begitu popular sehingga sekarang,” kata beliau.
Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri. Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dipertingkatkan.
AROMATERAPI MEMBANTU PELAJAR? BAGAIMANA?
Daripada artikel di atas, dapat kita simpulkan bahawa golongan pelajar tidak terkecuali daripada terkena tekanan hidup. Contoh-contoh yang dapat kita petik dari artikel tersebut seperti: “Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat,” kata Menteri Kesihatan pada masa itu, Dr Chua Soi Lek kepada pemberita. Jadi bayangkan tekanan hidup yang dihadapi oleh para remaja sekalian terutamanya para pelajar.
Terdapat juga para pelajar yang tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri. Bukankah perkara ini amat membimbangkan dan sekiranya berlanjutan kemungkinan kita akan kehilangan ramai pelajar yang berpotensi menjadi tunggak kepada negara di masa akan datang.
Apa pula fungsi aromaterapi dalam mengatasi tekanan pelajar? Daripada perkataan aromaterapi itu sendiri dapat kita memahami bahawa aromaterapi adalah salah satu terapi tekanan dengan menggunakan aroma. Tahukah anda bauan aromaterapi mampu memberi ketenangan kepada anda sekaligus membantu anda mengatasi tekanan dan mengelakkan anda daripada terkena pelbagai penyakit yang akan memudaratkan anda. Tahukah anda sekiranya penyakit mental yang dialami berpanjangan ianya akan memberi kesan kepada kesihatan dan peluang untuk anda terkena penyakit-penyakit berikut adalah besar seperti:
Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): “Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan.”
Aromaterapi yang mempunyai kandungan minyak pati berikut membantu anda sebagai pelajar:
![lavender-harvest [320x200] lavender-harvest [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/lavender-harvest-320x200.jpg?w=150&h=99)
1. Lavender: Menenangkan dan mengurangkan tegangan
Sememangnya bauan lavender sangat mendamaikan serta memberi perasaan tenang dan mengatasi tegangan yang dialami. Sebagaimana yang kita tahu, minyak pati Lavender selalu digunakan sebagai minyak wangi dan kini juga boleh digunakan untuk aromaterapi. Bauannya yang lembut memberi perasaan tenang dan damai kepada pemakai. Ianya mengurangkan kesakitan sakit kepala apabila dihidu bauannya menggunakan diffuser ataupun disapukan terus ke kulit anda.
![rosemary [320x200] rosemary [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/rosemary-320x200.jpg?w=150&h=124)
2. Rosemary: Mengasah dan merangsang minda
Michales Scholes dari pusat Pengajian Kajian Aromatic Michales Scholes berpendapat samada secara sendirian atau bercampur bersama, lavender, chamomile, peppermint, spearmint dan rosemary membolehkan seseorang itu relaks serta menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati asid karnosik yang terdapat dalam Rosemary mampu menurunkan risiko penyakit seperti alzheimer dan strok.
![geranium-rozanne [320x200] geranium-rozanne [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/geranium-rozanne-320x200.jpg?w=137&h=150)
3. Geranium: mengatasi stress
Minyak pati geranium biasanya diperolehi hasil pengekstrakan daunnya yang mengandungi anti-bakteria, anti-tekanan, anti-virus, anti-radang, menenangkan, mengimbangi dan merangsang tubuh supaya kekal sihat.
![rosemary [320x200] rosemary [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/rosemary-320x2001.jpg?w=150&h=124)
4. Clary Sage: Ketenangan
Minyak pati clary sage digunakan sebagai anti-stress, pewangi badan yang mengandungi antiseptik, membantu pencernaan, dan sebagai sedatif.
![sandalwood [320x200] sandalwood [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/sandalwood-320x200.jpg?w=141&h=150)
5. Sandalwood: insomnia dan ketegangan
6. Juniper Berry : Mengatasi tekanan dan perasaan marah
![sweet_marjoram [320x200] sweet_marjoram [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/sweet_marjoram-320x200.jpg?w=150&h=101)
7. Sweet Marjoram: Mengurangkan keletihan
![PATCHOULI PURE ESSENTIAL OIL [320x200] PATCHOULI PURE ESSENTIAL OIL [320x200]](http://sutrainfo.files.wordpress.com/2009/06/patchouli-pure-essential-oil-320x200.jpg?w=73&h=150)
Rangkaian minyak pati aromaterapi dari Tropical Bioessence membantu anda mengatasi stress yang terdiri daripada bauan cajeputi (daun gelam), Citrus Lime, Cinnamon leaf (daun kayu manis), Patchouli (nilam), citronella (Serai wangi) dan lavender.
Berikut merupakan minyak pati yang digunakan untuk mengatasi masalah yang berkait rapat dengan tekanan. Minyak pati banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang banyak terdedah kepada tekanan seperti di bawah:
1. Marah, Keletihan: Basil, bergamot, chamomile, clary sage, cypress, frankincense, geranium, hyssop, jasmine, juniper, lavender, marjoram, melissa, neroli, ylang-ylang
2. Ketegangan: Basil, clary sage, grapefruit, jasmine, lavender, melissa, neroli, rose, sandalwood, vetiver, ylang-ylang
3. Masalah sukar tidur(Insomnia): Basil, chamomile, lavender, mandarin, marjoram, melissa, neroli, petitgrain, rose, sandalwood, thyme, ylang-ylang
4. Perasaan gelisah: Basil, cinnamon, citronella, coriander, ginger, grapefruit, hyssop, jasmine, lavender, lemon grass, peppermint, nutmeg, rosemary, ylang-ylang
5. Tekanan yang melampau: Basil, bergamot, cedarwood, chamomile, cinnamon, frankincense, geranium, jasmine, lavender, marjoram, melissa, neroli, palmarosa, rosemary, vetiver, ylang-ylang
Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan aromaterapi kerana ianya banyak membantu dari segi kesihatan kepada anda sebagai pelajar.